Saya berpeluang berkongsi dalam sesi podcast ini tentang jerebu daripada perspektif kesihatan awam, khususnya bagaimana keadaan cuaca seperti El Niño boleh meningkatkan risiko episod jerebu dan memberi kesan kepada kesihatan komuniti.

Dalam perbincangan ini, saya menyentuh golongan yang lebih berisiko, tanda-tanda kesihatan yang perlu diberi perhatian serta langkah praktikal yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan pendedahan.

Bagi saya, pendidikan kesihatan bukan sekadar menyampaikan fakta, tetapi membantu masyarakat membuat keputusan yang lebih baik untuk melindungi diri dan keluarga. Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat.